Search This Blog

Logo Rasmi

Istimewa Online

Labels

Prihal


KAMI masih baru dalam bidang ini dan mula beroperasi pada 18 JUN 2012 secara tidak rasmi. PINK BOOK (PB) menerbitkan karya terpilih yang dianggap sesuai dengan kehendak PB. Tiada batas tema untuk diterbitkan. Apa yang pasti PB adalah sebuah penerbitan indie (independent) yang tidak melibatkan mana-mana perbadanan. 

Tapi, bermula 26 JUN 2012, PINK BOOK telah bertukar nama kepada PINK VAROIUS bersesuaian dengan nama yang telah di daftarkan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Kenapa berubah nama? Ini kerana, nama PINK BOOK tidak diluluskan oleh pihak SSM atas sebab-sebab tertentu (baca selanjutnya). Jadi selepas 26 JUN 2012, PINK BOOK bertukar kepada PINK VARIOUS di bawah nama dan nombor pendaftaran seperti berikut:

PINK VARIOUS ENTERPERISE (002138268-K)

Buat  masa ini PINK VARIOUS ENTERPRISE (PVE) hanya menerbitkan karya tertentu yang terpilih sahaja dan hanya boleh dimiliki dari laman web ini dan penulis sendiri. 

Keutamaan diberika kepada yang betul-betul minat dan serius sahaja untuk memiliki karya terbitan PVE. Jika ada yang tidak serius kami berhak menyenaraihitamkan nama, IP address, dan email anda.

Memandangkan buku-buku (novel) yang diterbitkan oleh PVE hanya boleh dimiliki melalui laman web atau secara atas talian sahaja. Jadi, novel yang dijual tidak mempunyai bar code ISBN dan buku-buku dari PVE tidak akan boleh didapati di mana-mana kedai dan toko buku kecuali di laman web ini dan laman web penulis sahaja. Mungkin di masa akan datang nombor ISBN akan dipohon. Jadi doakan semuanya berjalan lancar.

Setiap buku yang dicetak adalah sangat terhad. Kami mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat. Book atau istilah Melayunya tempahan tidak akan dilayan. Siapa bayar dahulu dia akan dapat memiliki novel yang diingini.

Memandangkan kami sebuah syarikat penerbitan indie, jadi kami mencetak setiap buku dalam jumlah yang amat terhad untuk setiap cetakkan. Kerana kami mengamalkan konsep eksklusif. Setiap cetakkan mungkin berbeza dari segi reka grafik covernya demi membezakan setiap cetakkan. Jadi, harga yang tertera adalah harga tetap tidak termasuk harga pos. Harga pos akan dimaklumkan mengikut jumlah kuantiti dan berat pesanan anda. Kami menggunakan pekhidmatan POSLAJU MALAYSIA untuk pengeposan item demi menjamin keselamatan item yang dipos.

Pembaca buku PVE haruslah berfikiran terbuka, pulp dan berfikir di luar kotak. Kerana ada di antara karya yang diterbitkan mengandungi perkataan, jalan cerita, plot dan bahasa yang agak kurang sopan. Ambil yang baiknya, dan yang buruknya dijadikan sempadan. Mungkin ada yang mengelikan dan menyentuh sensitivi sesetengah orang. Anggap sahaja semua itu sekadar hiburan semata-mata. Walau bagaimanapun, kami akan cuba mengelak karya yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama yang ada di dunia ini.

Disebabkan kami tidak mempunyai editor bertauliah, jika ada kesalahan ejaan, ayat, penggunaan bahasa dan perumpaaman dan tanda baca termasuk prosa kata dan sebagainya, sama ada bayak atau sedikit, kami memohon maaf banyak-bayak.

Logo baru










Notis





Posting Terbaru

Sponsor by | RudiZone

Total Pageviews

 

Hakcipta Terpelihara 2012 PINK VARIOUS ENTERPRISE (002138268-K)

powered by blogger.com