Sinopsis:
MELANGKAH dia ke alam kampus, hidupnya mula mencabar. Sikapnya yang terlalu terbuka, senang berkawan dengan sesiapa sahaja menyebabkan manusia di sekelilingnya salah sangka. Keakrabannya dengan roomatenya sendiri, mengundang rasa sakit hati seseorang yang terlalu rapat dengannya. Dia menyayangi roomatenya hanya kerana satu sebab yang hanya mereka berdua sahaja tahu.
Disebabkan sikapnya yang mudah mesra, wajahnya yang tampan dan memiliki tubuh yang kekar, telah membuat tiga insan menaruh hati terhadapnya tanpa dia sedar. Dendam dan rasa sakit itu sentiasa
berlegar-legar di sekelilingnya. Sentiasa menghampiri teman-teman rapatnya. Sentiasa muncul di belakangnya.
KUSHAIRI - sanggup buat apa sahaja termasuk membunuh untuk memiliki cintanya.
NATASHA - Sanggup mengkhianati kawan baiknya sendiri hanya kerana ingin meraih kasihnya.
NAZRUL & HASNIA - insan tidak bersalah yang menjadi mangsa dendam dan sakit hati teman baiknya sendiri. Menjadi mangsa gunting dalam lipatakan. Menjadi mangsa tikam dari belakang.
Bila cintanya di damba dua insan berbeza jantina, dia harus membuat pilihan. Siapa yang menjadi pilihannya? Cinta lelaki atau cinta wanita? Cinta terlarang atau cinta azali? Atau dia menolak kedua-duanya?Apa hebat dirinya sehingga menjadi rebutan? Apakah benar khabar yang mendakwa dia sebenarnya seorang gay?
