AWALNYA PINK BOOK (PB) agak risau gak nak menjaul buku jenis terbitan ni walaupun melalui online. Yalah, perniagaan online ni semakin berkembang sekarang ni. Dan... dah banyak kes penipuan berlaku disebabkan segelintir peniaga online yang tak bertanggungjawab. So, pihak SMM atau lebih dikenali sebagai SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dah keluarkan pemaklumkan yang peniaga online juga perlu mendaftar perniagaan mereka walaupun perniagaan itu dilakukan secara perseorangan. So, SMM pun ada buat satu borang khas untuk peniagaan jenis perseorangan. Yuran pendaftaran hanya RM50 untuk tempoh lima (5) tahun. Kena tambah RM5 untuk register di laman web SSM.
Jadi, bila PB dah dibawah naungan PINK VARIOUS ENTERPRISE, jadi rasa bimbang dan risau tu berkurangan sedikit. Dan pembeli juga akan lebih yakin membeli novel pra-terbitan PB. In case PB menipu, pengguna/pembeli boleh terus buat laporan kepada pihak SSM atau persatuan pengguna dengan menyatakan nombor pendaftaran PINK VARIOUS ENTERPRISE yang tertera di laman web ini. Dengan mudah SSM boleh detect dan trace detail kami.
Bermula 26 JUN 2012, PB dengan serta merta di bawah naungan PINK VARIOUS ENTERPRISE (PVE). So, PB hanya pra-penerbitan. Manakala penerbit utama PB adalah PVE. PVE akan terbit dan menjualnya secara online.
Kenapa PB dalam kategori pra-penerbit? Sebab urusan reka grafik kulit depan, template novel, susun atur ayat-ayat pembukaan, penukarkan fail ke format PDF, berurusan dengan pihak pencetak dan urusan lain diuruskan oleh PB. PVE hanya bertindak sebagai pemantau, pemeriksa bahan sebelum dihantar cetak dan mengedar/menjual secara online dan PVE juga yang akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku terhadap novel-novel yang dipra-terbitkan oleh PB. Kiranya PB dan PVE adalah bekerjasama. Bezanya cuma PVE berdaftar dengan SMM dan PB hanya melakukan kerja-kerja tanpa melibatkan sesiapa.
Untuk cetakkan pertama novel GOL & LIP GLOSS, logo PVE masih belum ada kerana novel itu dihantar cetak ketika PVE dalam proses pendaftaran dengan pihak SSM. Untuk cetakan kedua dan novel-novel akan datang, logo PVE seperti di atas akan diletakan sekali dikulit luar dan dalam novel pra-terbitan dan terbitan PB dan PVE.
Kenapa PINK BOOK dan PINK VARIOUS ENTERPRISE? Biarlah ia menjadi rahsia besar kami. PINK VARIOUS ENTERPRISE dengan secara rasminya menjadi sebuah syarikat persendirian pada 26 JUN 2012 jam 5.30 PM dengan nombor pendaftaran syarikat seperti berikut: (002138268-K)
