Sinopsis:
INI bukan kisah cinta sesama insan berlainan jenis. Ini bukan kisah cinta yang berkaitan dengan jodoh. Ini adalah kisah cinta seorang insan kepada kedua ibu dan bapanya. Cinta kepada adik-beradiknya. Cinta kepada sahabat sejatinya. Bukan cinta bersama pasangan kita saja yang boleh kita kukuhkan.
Cinta sesama pertalian darah dan sahabat sejati juga perlu dititik beratkan. Tanpa cinta-cinta ini tidak wujudlah cinta bersama pasangan kita. Cinta kepada ibu, bapa, abang dan kakak perlu diutamakan, kerana tanpa mereka mustahil kita bisa lahir ke dunia ini untuk merasai kehebatan cinta.
Hidup FYRUL selalu disisihkan oleh abah dan abangnya sendiri sejak kecil lagi. Walaupun dia sering berkecil hati dengan sikap abang dan abahnya, namun dia tidak pernah merungut. Malahan, dia tetap bersyukur kerana memiliki seorang emak yang penyayang dan bisa menerimanya seadanya. Tidak pernah mempertikaikan kelemahannya. Tidak seperti abang dan abahnya yang sering menyisihnya hanya kerana pesonalitinya.
Setiap insan pasti akan merasai kematian. Jadi, persiapkanlah diri kita selengkapnya dengan amalan yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH dan banyak sebelum ajal datang mengundang. Hormatilah ibu bapa walaupun mereka kejam pada kita. Sesungguhnya, syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
